Sunday, February 24, 2008

Friday, February 22, 2008

Dua Minggu Di Bumi Melbourne...

Terlalu banyak yang berlegar dalam kepala otak, pelbagai perkara yang nak dituliskan. Kalau dulu 100 hari lagi nak ke Melbourne, ..lambat lagi. Tup..tup... sekarang dah dua minggu menetap di Kota Melbourne.

Bermula dengan bertolak dari Airport Bayan Lepas pukul tiga petang, flight delay sebab tunggu aku sekeluarga (Masalah Visa).. not my problem sebab Imigration Australia dah bagi kelulusan .... dalam dok kalut hand phone tertinggal kat security check point bayan lepas. Nasib baik flight ke Melbourne 9 malam.. sempat MAS hantar HP aku dengan flight lain ke KLIA (thanks MAS). Ramai gak sedara mara yang tunggu kat KLIA.. sebab hp tak ada (tertinggal kat Bayan Lepas) kesian kat Adik Boy merayau kat KLIA cari aku.. at last jumpa dia kat surau klia dalam kul 8 lebih.

Maka bertolak lah kami dengan boeing 777 ke melbourne pada pukul 9 malam dan sampai di melbourne pada pukul 8.15 waktu tempatan. Sangkut kat airport 2 jam. Terima kasih Rasul, Ustaz Nushi, Fuzan yang sudi datang menjemput keluarga aku dan roslan dengan tiga biji wagon untuk ke Malaysian Hall yang terletak di Windsor.

Bermulalah kehidupan dua minggu pertama di Dewan Malaysia. Dengan takdir Allah, berlaku 'jejak kasih' kat sini sebab yang menjadi Atase Pendidikan kat sini atau konsul adalah cikgu Ali Rahman (yang mengajar aku matematik 22 tahun lepas, merangkap guru disiplin di sekolah panglima bukit gantang parit buntar), atau gelaran dia disini adalah 'Dr Ali'.

Tak boleh tidak, aku mesti mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penghuni tetap atau sementara Dewan Malaysia di atas setiap bantuan yang diterima. Terutama Keat (Staff UUM) di atas sikap prihatinnya dalam memberi bantuan. Mengenalkan kedai makan halal, 'My Restauran' serta menunjukkan pasaraya 'Coles'.

Tugasan pertama disini adalah untuk mendapatkan rumah sewa dalam masa dua minggu kerana kami dibenarkan tinggal di Malaysia Hall selama dua minggu sahaja. Tanpa kemudahan internet , ianya adalah satu cabaran kepada kami untuk mendapat maklumat tentang rumah sewa disini. Maka setiap malam sehingga 12 tgh mlm kami akan ke kota Melbourne mencari Cyber Cafe (AUD5 sejam) untuk mengumpul maklumat untuk tugasan keesokan harinya.

Dalam urusan menuntut ilmu ini, aku selalu ingatkan diri sendiri jangan sedikit pun ada perasaan syak wasangka pada orang lain, sentiasalah bersangka baik sesama kita walau dimana kia berada dan dengan siapa pun kita berurusan. Jangan terlalu bergantung pada orang lain, berusahalah sentiasa, tiada apa yang boleh menghalang perjalanan kita, apa yang perlu kita buat adalah berusahalah dengan hati yang ikhlas, berdoalah, InsyaAllah kejayaan adalah milik kita walau kadang2 kita rasa cabaran dan dugaan yang mendatang itu agak sukar.

Kami dapat harungi tugasan mencari rumah dalam masa yang ditetapkan, Alhamdulillah. Walaupun senior kat sini pada mulanya memberi tempoh sebulan untuk kami dapat rumah sewa, syukur kami hanya berusaha, Allah yang menentukan. 29 Lincoln Avenue Coburg North akan menjadi tempat berteduh kami untuk tempoh2 mendatang di Melbourne ini.

Antara tempat makan yang halal dan kelazatannya yang memenuhi citarasa kami adalah My Restaurant di Hg Street, Lazzat Restaurant di Lygon Street, Pizza di Pascoe Vale Road, Donut di Preston Market. Daging mentah halal yang banyak terdapat di Preston sememangnya memudahkan urusan mencari makanan halal disini serta rempah ratus dan bahan2 lain di kedai Vietnam kat Preston.